Friday, April 17, 2009

ANAK SOLEH SOLEHAH IMPIAN BAITUL MUSLIM

cutenya.., anak saper ni. sejuk mata nengok, amin...


Mutakhir ini, anak-anak Melayu Islam akhir zaman seolah-olah ada yang hampir hilang jatidirinya sebagai Muslim. Sebab itu remaja mempunyai maksud yang tersirat di sebalik setiap huruf itu. Remaja bermasalah digambarkan dengan pengertian berikut :


R - Rileks

E- Enjoy

M - Main-main

A - Angan-angan

J - Jaguh

A - Angkuh


Benarkan? Justeru ubat untuk remaja juga dengan remaja juga dengan maksud tersirat yang lain. Masalah remaja boleh diubati dengan pengertian berikut :


R - Religion

E - Education

M - Motivation

A - Advice

J - Journey

A - Attitude.


Justeru, semua ibu ayah marilah kita mendidik anak-anak kita dengan didikan yang terbaik dengan cakupan ilmu agama, kemahiran hidup dan keupayaan berfikir dengan kritis dan kreatif agar mereka mampu menjadi buah hati pengarang jantung yang soleh dan solehah.


Demikianlah didikan yang telah dianjurkan oleh Nabi kita dalam banyak sabdanya, antaranya berkenaan dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan Allah kepada ibubapa, andy anak itu dididik untuk menjadi orang baik, maka dari situlah jalan yang akan mereka lalui.., begitu juga sebaliknya, jadi marilah kita sama2 berdoa kepada Allah agar kita terlebih dahulu menjadi orang yang beriman, bertaqwa sebelum kita pegun apabila memasuki alam ibu bapa(bagi yang belum baitmuslim la...). - Jabbar


semoga Allah sentiasa menjadikan kita sebagai pengikut and pemimpin dari kalangan orang yang bertaqwa...

amiin....

Sunday, April 12, 2009

Mutiara Kata

"Orang yang berjaya, umpama melihat dari mata burung, bukan mata tempurung.."
"Bila berucap, bertepatan dengan apa yang dibuat, bukan umpama cacing berlgak naga.."

YA ALLAH SELAMATKAN KAMI DARI ANGKARA ILMU HITAM

1. Sebelum kena :
Mentauhidkan Allah , buktinya firman Allah dlm surah Yunus ayat 62 -64

Mebaca al-Quran secara istiqamah krn Nabi bersabda dlm hadith rwyt Muslim , maksudnya , bacalah al-Quran... al-baqarah dan Ali Imran... Membaca al-Baqarah adalah keuntungan meninggalkannya adalah kerugian...membacanya akan menghalang ahli2 sihir dari kamu..

Demikian jiga Nabi berpesan dlm hadith rwyt Muslim, nabi mengingatkan agar jangan dibiarkan rumah menjadi kubur , kerana tidak dibacakan pdnya al-Quran :
Mengamalkan wirid2 tertentu cthnya al-Mathurat.Antar zikr yg penting ialah : BismillahilLazi la yadhurru ma’asmihi syai`un fil ardhi wal fissama` wahuwas sami’ul alim.

Makan kurma , Nabi bersabda dlm hadith rwyt Ahmad, al-Bukhari dan Muslim :
Sesiapa yg memakan kurma di antara 2 tempat ini(Sempadan Madinah) maka dia tidak akan ditimpa sihir atau racun.
Tapi tdaak semestinya ajwah krn ia tidak mengkhususkan sebarang nama.Ini adalah pendapat jumhur ulamak sept al-Kusynmihaniy, Ibnut Tin,Iyadh, al-Qurtubiy dan ditarjihkan oleh Ibn Hajr sendiri , dan saya secara peribadi meyakini pdg ini adalah yg paling benar.Jika tidak tentulah pengguna sering menghadapi masalah krn sentiasa diambil kesempatan oleh peniaga yg rakus yg menaikkan harga tamar ini sesuka hati, dan sesetengahnya menipu pengguna mendakwa ia ajwa madinah, pdhal ia dari tempat lain,wallahu a’lam Jadi umumnya hadith ini menyuruh kita agar sentiasa ada stok kurma madinah di rumah.


Jika dah kena , adab2 serta petua2 nya ialah :
1. Berbaik sangka dgn Allah , amalkan bersabar
2. mengeluarkan sihir tersebut spt yg Nabi telah anjurkan dlm peristiwa di ats.Huraian ini disebutkan panjang oleh an-Nawawiy dlm syrh Muslim
3. banyakkan berdoa cthnya doa :

Cara kedua :
1. Menumbuk 7 helai daun pojon sidr ( bidara ) hijau antara 2 batu atau yg sejenisnya, lalu menyiramkan air yg mencukupi bagi tujuan dikumpulkan utk dimandikan dgnnya.lalu dibacakan al-Ta’awwuz , diikuti dgn ayatul Kursiy , kemudian surah al-A’raf ayat 117-122 :
2. Dibacakan surah Yunus ayat 79-82
3. Dibacakan Surah Taha ayat 65-70
4. Dibacakan 4 Qul
Kemudian bila dah dibacakan hendaklah diminum air sebanyk 3 kali dan yang bakinya digunakan untuk mandi
Dan semasa menyapu air pada anggota yang sakit hendaklah membaca
5. Surah al-fatihah
6. 2 ayat terakhir surah al-Baqarah
7. 3 Qul sebanyak 3 x atau lebih disertai dgn sentuhan dgn tangan kanan dan tiupan pada anggota yg sakit .
8. mengamalkn doa2 ini , cthnya :
Ya Allah, Tuhan sekalian manusia , hilangkan penyakit ini,sembuhkanlah.Engkaulah yang menyembuhkan penyakit, tiada kesembuhan kecuali kesembuhanMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesan selepasnya. ( HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim )

Cara yg ketiga ialah dgn berbekam pd bahagian yg kena sihir kerana nabi s.a.w telah mengamalkannya sewaktu disihirkan .Ibnul Qayyim menjelaskan kepentingan berbekam dlm al-Tibb al-Nabawiy . Nabi berpesan dlm hadith yg sahih rwyt Abu Dawud .
Berbekam ertinya mengeluarkn darah kotor dari kepala, badan dan anggota 2 yg lain .
Kepentingan berbekam ini jelas dlm peristiwa Nbai diisrakkan mnrt Ibn Abbas dlm rwyt Ibn Majah , semua malaikat berpesan kpd nabi supaya berbekam demikian dlm rwyt yg lain dari Ibn Mas’ud dlm al-Tirmizi, malaikat berpesan kpd Nabi spy memberitahu umatnya spy berbekam.[1]
Demikian pula hari berbekam ialah 17,19 dan 21 bulan Hijriyyah pd hari isnin, selasa dan khamis.SeLain dari itu ia adalah dilarang oleh nabi spt yg diriwayatkan oleh Ibn Majh dgn sanad yg sahih.

Thursday, April 9, 2009